mutakhir

Suspek cabul budak direman [METROTV]

Oleh Nor Farhani Che Ad

KELINDAN lori yang disyaki mencabul kanak-kanak perempuan di tandas Surau Al Ikhlas Zon Mawar, di Sungai Petani pada 13 Disember lalu direman enam hari bermula hari ini.

Perintah tahanan reman ke atas lelaki berusia 31 tahun itu dikeluarkan di Mahkamah Sungai Petani oleh Penolong Pendaftar Mahkamah Sungai Petani, Mohammad Alif Abdul Aziz.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Superintendan Shamsudin Mamat berkata, lelaki terbabit menyerah diri di Balai Polis Bedong semalam dan disiasat mengikut Seksyen 14 (a) Akta 792.

Sabtu lalu, rakaman Kamera Litar Tertutup (CCTV) suspek mencabul kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun tular di media sosial.

Ketika kejadian, mangsa bersama sepupunya sedang bermain di taman permainan bersebelahan tandas surau sebelum dipanggil suspek ke tandas berkenaan dan mencabul mangsa.

Berita berkaitan

Polis cari lelaki cabul budak

Suspek cabul budak serah diri

Disiarkan pada: December 24, 2019 @ 11:32am
d