arena

Kejutan Tranmere

Oleh AFP

PASUKAN divisyen tiga, Tranmere menewaskan finalis Piala FA musim lalu, Watford 2-1 selepas masa tambahan pusingan ketiga sekali gus bakal bertemu pasukan gergasi, Manchester United.

Perlawanan pertama kedua-dua kelab itu berkesudahan dengan seri 3-3 selepas Tranmere bangkit daripada ketinggalan 0-3 sebelum aksi timbal balik yang sepatutnya berlangsung minggu lalu terpaksa ditangguhkan kerana hujan lebat.

Pengurus Watford, Nigel Pearson melakukan 11 pertukaran berbanding pasukannya yang tewas 1-2 di tangan Aston Villa pada saingan Liga Perdana, Selasa lalu.

Tranmere yang bergelut di zon penyingkiran Liga Satu, di depan pada babak pertama di Prenton Park menerusi Emmanuel Monthe minit ke-36.

Watford yang tewas 0-6 kepada Manchester City pada final tahun lalu, menyamakan kedudukan minit ke-68 menerusi pemain gantian, Kaylen Hinds.

Paul Mullin menanduk masuk gol kemenangan Tranmere minit ke-104 sekali gus menyaksikan kelab itu akan bertemu United di pusingan keempat, Ahad ini.

Disiarkan pada: January 24, 2020 @ 8:20am
d