arena

Lucio umum bersara

Oleh AFP

PEMAIN pertahanan yang memenangi Piala Dunia dan Liga Juara-Juara, Lucio mengumumkan karier bola sepak sudah berakhir, menurut laporan stesen televisyen Brazil, TV Globo.

Bekas bintang pertahanan Brazil cukup dikenang dengan kejayaan menjulang Piala Dunia 2002 disamping Ronaldo, Ronaldinho dan Rivaldo.

Dia juga mempunyai pelbagai sejarah kejayaan bersama kelab termasuk kejuaraan Liga Juara-Juara bersama Inter Milan, serta Piala Itali dan kejayaan di Serie A di bawah kendalian Jose Mourinho pada 2010.

"Ia hari yang istimewa buat saya, Saya bersara" kata pemain berusia 41 tahun itu, yang kebelakangan ini beraksi di liga bola sepak daerah Brazil.

Lucio juga memenangi beberapa kejohanan utama bersama Bayer Leverkusen dan Bayern Munich serta tampil 104 dalam perlawanan antarabangsa untuk Brazil.

Disiarkan pada: January 30, 2020 @ 11:50am
d