mutakhir

Setengah jam dituduh

Oleh Shamsul Munir Safini

Nibong Tebal: Seorang lelaki terpaksa berdiri lebih dari setengah jam dalam kandang tertuduh di Mahkamah Majistret Jawi, semalam ketika mendengar 45 kertas pertuduhan membabitkan pelbagai kesalahan trafik yang dibacakan terhadapnya.

Tertuduh yang juga jurujual, P Joshua, 26, mengaku bersalah ke atas 44 daripada pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Rashidah Baharom.

Rashidah kemudian menjatuhkan hukuman denda RM16,200 atau penjara 222 hari sekiranya tertuduh gagal membayar denda itu dan hilang kelayakan memiliki lesen memandu selama 12 bulan bermula semalam.

Bagaimanapun, sehingga petang semalam, tertuduh gagal membayar denda berkenaan.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Disiarkan pada: May 30, 2015 @ 5:20am
d