vroom

Tampil gaya baru

Oleh Lizam Ridzuan

MOTOSIKAL segmen sportbike ringan, Yamaha YZF-R25 kini ditawarkan dengan corak grafik dan warna baharu iaitu Perak Matt dan Biru Matt.

Model edisi tahun 2020 ini sudah boleh didapati di semua pengedar motosikal Yamaha seluruh negara dijual pada harga RM19,998 (atas jalan tanpa insurans).

Ia mula diperkenalkan pada tahun 2015 oleh pengedar utamanya di negara ini iaitu Hong Leong Yamaha Motor (HLYM).

YZF-R25 dijana dengan enjin 249 cc 4 lejang sejukan cecair DOHC, dua silinder selari yang menjana 35.5 hp pada 12,000 rpm dan tork 22.6 Nm at 10,000 rpm.

Ciri lainnya ialah dengan transmisi 6 kelajuan, tangki bahan api 14.3 liter, suspensi hadapan teleskopik dan belakang monocross serta lampu hadapan dan belakang LED.

Disiarkan pada: February 18, 2020 @ 2:20pm
d