mutakhir

Lelaki kritikal jatuh dari tingkat tiga

Oleh Juwan Riduan

SEORANG lelaki kritikal selepas dipercayai terjatuh dari tingkat tiga bangunan berhampiran sebuah restoran di Bandaran Berjaya di sini, awal pagi tadi.

Mangsa berusia 24 tahun ditemukan orang awam dalam keadaan terbaring sebelum menghubungi polis jam 3.23 pagi.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Habibi Majinji berkata, siasatan awal mendapati mangsa dipercayai tergelincir dari belebas di tingkat tiga.

“Mangsa yang parah di kepala dikejarkan ke Hospital Queen Elizabeth (HQE I) dengan ambulans dan dilaporkan dalam keadaan kritikal,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Habibi berkata, mangsa adalah warga tempatan dan polis masih menjalankan siasatan lanjut bagaimana mangsa terjatuh.

Katanya, setakat ini kejadian itu tidak mempunyai unsur-unsur jenayah.

Disiarkan pada: February 18, 2020 @ 8:47pm
d