mutakhir

Tugas baru tiga pegawai kanan PDRM

Oleh Raja Noraina Raja Rahim

POLIS Diraja Malaysia (PDRM) mengumumkan pertukaran dan kenaikan pangkat tiga pegawai kanannya.

Ketua Komunikasi Korporat PDRM Urusetia Ketua Polis Negara Datuk Asmawati Ahmad berkata, Penolong Pengarah E1C Cawangan Khas Bukit Aman Senior Asisten Komisioner Zainudin Ahmad dilantik sebagai Timbalan Pengarah (Risikan/Operasi) Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman yang baharu.

“Zainudin akan memangku pangkat Deputi Komisioner.

“Selain itu, Ketua Cawangan Khas Negeri Sembilan Asisten Komisioner Zafari Zulkifli dilantik sebagai Ketua Pusat Pengajian Sains Perisikan dan Kajian Strategik, Maktab PDRM Kuala Lumpur dengan memangku pangkat Senior Asisten Komisioner,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Beliau berkata, Ketua Cawangan Khas Perlis Superintendan Mohd Yusof Che Me pula akan menggantikan Zafari dengan memangku pangkat Asisten Komisioner.

Katanya, semua pertukaran dan kenaikan pangkat itu berkuatkuasa pada 23 Mac ini.

Disiarkan pada: February 19, 2020 @ 9:25pm
d