mutakhir

Ketua Hakim Negara tiba di Istana Negara

Oleh Raja Noraina Raja Rahim dan Muhammad Yusri Muzamir

KETUA Hakim Negara, Tan Sri Tengku Maimun Tuan Mat dilihat tiba di Istana Negara, Kuala Lumpur, pagi ini.

Tengku Maimun menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bagi Majlis Menghadap dan Pengurniaan Surat Cara Pelantikan Hakim Besar Sabah dan Sarawak.

Selain itu, Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah dan Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas turut dilihat tiba di Istana Negara masing-masing pada 10.45 dan 10.47 pagi tadi.

Disiarkan pada: February 25, 2020 @ 10:56am
d