mutakhir

Tun M jumpa ketua parti politik

Oleh Muhaamad Hafis Nawawi

PERDANA Menteri Interim, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mengadakan perjumpaan dengan ketua parti politik di Pejabat Perdana Menteri (PMO), Putrajaya.

PMO dalam satu kenyataan berkata, antara yang hadir termasuk Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Abang Openg daripada Gabungan Parti Sarawak (GPS); Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Tan Sri Muhyiddin Yassin; Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim; Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng; Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi; Presiden Pas Datuk Seri Hadi Awang dan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) Mohamad Sabu.

“Dr Mahathir juga turut mengadakan pertemuan dengan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

“Esok, Dr Mahathir dijangka bertemu Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan), Datuk Seri Mohd Shafie Apdal,” katanya.

  • Lagi berita berkaitan desas-desus pakatan baharu
  • Disiarkan pada: February 25, 2020 @ 6:03pm
    d