mutakhir

Kerajaan Perak kekal ditadbir Bersatu [METROTV]

Oleh Amir Abd Hamid

MENTERI Besar Perak Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu memberi bayangan kerajaan negeri akan kekal di bawah pentadbiran Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Menurutnya, beliau akan menghadap Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah di Istana Iskandariah, Perak, hari ini.

“Saya nak balik ni menghadap ke bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Perak dan akan bincang (kedudukan kerajaan negeri).

“Doakan saya kekal (sebagai Menteri Besar),” katanya ketika ditemui pemberita di luar kediaman Perdana Menteri kelapan, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Bukit Damansara di Kuala Lumpur, hari ini.

Ditanya sama ada Bersatu akan membentuk gabungan bersama UMNO dan PAS sebagai kerajaan negeri, Ahmad Faizal berkata, perkara itu akan dibincangkan kemudian.

Selain itu, beliau turut berharap rakyat memberi sokongan kepada Perdana Menteri baharu dan Kabinet yang akan dibentuk selepas ini.

“Alhamdulillah, kita dah ada PM baharu yang angkat sumpah dan kita harap dapat memulihkan segala permasalahan yang ada,” katanya.

  • Lagi berita berkaitan desas-desus pakatan baharu
  • Disiarkan pada: March 1, 2020 @ 2:59pm
    d