mutakhir

Georgetown dilanda banjir kilat

Oleh Zuhainy Zulkiffli

HUJAN lebat sejak jam 5 pagi tadi menyebabkan beberapa lokasi di Georgetown, dilanda banjir kilat.

Jawatankuasa Kebajikan, Alam Sekitar dan Masyarakat Penyayang Pulau Pinang, Phee Boon Poh berkata, lokasi terjejas ialah Jalan Tanjong Tokong Lama dan Jalan Tanjung Bunga menghala ke Ferringhi.

Katanya, sehingga 8.10 pagi tadi, kenderaan ringan seperti motosikal dan kereta tidak dapat melalui laluan itu.

“Di Jalan Lembah Permai Tanjung Bungah, terdapat pokok tumbang menghempap sebuah kereta.

“Pemandu yang juga lelaki berusia 22 tahun tidak mengalami kecederaan, namun kereta uty mengalami rosak di bahagian depan dan belakang,” katanya kepada media, hari ini.

Mengulas lanjut, Phee berkata, laluan terbabit kini tidak boleh dilalui semua kenderaan kerana wayar milik Tenaga Nasional Berhad (TNB) melintang di tengah jalan.

“Difahamkan, pihak TNB sudah maklum mengenainya dan terdapat dua anggota polis di lokasi yang mengawal lalu lintas,” katanya lagi.

Disiarkan pada: March 11, 2020 @ 9:30am
d