“Sebenarnya orang sudah tersalah tafsir mengenai isu perancangan perkahwinan kami yang dilaporkan sebelum ini. Apa yang dimaksudkan oleh Aiman adalah berlainan daripada apa yang dilaporkan di portal dan blog.”

Itu penjelasan pelakon Nur Fathia Latiff mengenai salah faham yang tercetus berikutan kenyataan teman lelakinya juga pelakon Aiman Hakim Ridza kononnya mereka tidak akan berkahwin selagi masih terikat dengan kontrak produk.

Menurut Nur Fathia, salah faham timbul kerana pihak tertentu menyangkakan kononnya Aiman tidak akan mengahwini saya sehingga kontrak produk kami selesai.

“Bukan kata dia atau saya tidak mahu berkahwin selagi kontrak produk kami tidak tamat. Bukan itu yang dimaksudkan. Sebenarnya kami tidak mempunyai masalah untuk berkahwin cuma tak silap saya butiran hal itu perlu dimaklumkan dengan produk yang melantik Aiman terlebih dahulu,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 6 Jun 2015 @ 10:03 AM