mutakhir

Hadi Duta Khas PM ke Timur Tengah

Oleh Mahaizura Abd Malik

PRESIDEN PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dilantik sebagai Duta Khas Perdana Menteri ke Timur Tengah.

Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan hari ini, memaklumkan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin bersetuju melantik Ahli Parlimen Marang terbabit menjawat jawatan yang bertaraf menteri itu.

Abdul Hadi adalah bekas Naib Presiden Kesatuan Ulama Muslimin Sedunia.

Beliau pernah menjawat jawatan Menteri Besar Terengganu pada 1999 hingga 2004.

Pemimpin PAS itu berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Syariah dari Universiti Islam Madinah dan Ijazah Sarjana dalam bidang Sains Politik dan Universiti Al-Azhar, Kaherah, Mesir.

Pada 2016, beliau pernah tersenarai antara 500 Muslim berpengaruh di dunia bagi kategori Pendakwah dan Pembimbing Rohani oleh The Royal Islamic Strategic Studies yang berpusat di Jordan.

Disiarkan pada: April 2, 2020 @ 7:47pm
d