mutakhir

3 kenderaan hangus di bengkel

Oleh Md Fuzi Abd Lateh

TIGA kenderaan terbakar di bengkel membaiki kereta di Pusat Perniagaan Ijok, Bestari Jaya, 11.23 malam tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Malaysia (BBPM) Bestari Jaya, Azrel Izaidi Ahamad berkata, kebakaran melibatkan Naza Ria, Toyota Estima dan lori satu tan di bengkel itu.

Katanya, pasukan bomba tiba di lokasi kejadian pada 11.33 malam dibantu 11 anggota bagi memadam api yang sedang marak.

“Kami melakukan pemadaman api dengan pantas menggunakan pili bomba di lokasi kejadian dan daripada jentera yang digunakan.

“Semua kenderaan musnah terbakar 100 peratus dalam kejadian ini. Namun tidak ada mangsa yang terlibat,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Azrel berkata, punca kejadian masih dalam siasatan pihak bomba ketika ini.

Disiarkan pada: April 17, 2020 @ 4:02pm
d