WM

Corak motif flora

Oleh Nurul Husna Mahmud

CETAKAN bunga besar digabungkan dengan warna tanah dan suram selalu dilihat gaya pilihan wanita lebih ‘senior.’

Bagi seleksi baru Poplook, rekaan blaus cetakan ditampilkan dengan sebahagian besar adalah motif flora yang besar.

Tampil dalam dua rekaan iaitu Merai dan Valletta, motif itu tampak ‘edgy’ apabila dipadankan dengan seluar singkat paras buku lali.

Merai iaitu blaus longgar dengan leher potongan tinggi menggunakan material ‘polyblend’ beralun lembut masih tampak ranggi apabila dikenakan bersama denim.

Sementara untuk Valletta berupa kemeja berbutang yang labuh di bahagian depan lebih singkat itu boleh disisip tepi salah satunya antara gaya popular gadis muda masa kini.

Menggunakan material viscose, kemeja kebanyakan tampil dalam motif warna gelap dan natural bersama cetakan flora besar masih sesuai digayakan moden.

Jadi penggemar motif flora berkenaan boleh cuba padanan dua blaus berkenaan bersama padanan apapun, baik seluar denim hingga kargo kerana potongannya masih ‘intrend’.

Disiarkan pada: April 18, 2020 @ 6:15am
d