mutakhir

'Terima kasih pembayar zakat'

Oleh Samadi Ahmad

MAJLIS Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) akan menyediakan bantuan zakat kecemasan berjumlah RM3 juta untuk diagihkan kepada kira-kira 6,000 penerima.

Melalui perkongsian dipaparkan di laman sosial Facebook (FB) Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri hari ini, permohonan dibuka 13 April lalu dan ia menyasarkan golongan yang terjejas pendapatan berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Wilayah Persekutuan.

“MAIWP menyedari, sebahagian masyarakat terjejas pendapatan seperti pekerja harian, mereka yang bekerja sendiri, pemandu e-hailing dan pekerja swasta.

“Jumlah bantuan akan ditambah dari semasa ke semasa bergantung kepada keperluan. Terima kasih kepada pembayar zakat. Amanah anda MAIWP sudah tunaikan,” katanya.

Disiarkan pada: April 22, 2020 @ 4:57pm
d