mutakhir

Wad lelaki HSM rosak dipukul ribut

Oleh Hamzah Osman

WAD lelaki Hospital Sultanah Maliha (HSM) di Langkawi, rosak selepas siling bumbung jatuh akibat dipukul ribut petang tadi.

Difahamkan, ketika kejadian 6.15 petang itu terdapat tiga pesakit di wad itu tetapi mereka sempat menyelamatkan diri.

Pengarah HSM, Dr Mansor Ismail ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan berkata, wad lelaki itu menempatkan empat katil pesakit.

“Ketika kejadian tiga pesakit yang dirawat di wad itu sempat menyelamatkan diri sebelum dipindahkan kakitangan hospital ke wad lain.

“Angin kuat dipercayai memasuki bangunan menerusi celah bumbung sebelum menekan siling sehingga jatuh,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Mansor berkata, kejadian tidak membabitkan sebarang kecederaan kepada mangsa.

Dalam perkembangan sama, Mansor berkata, empat pokok dalam kawasan hospital turut tumbang dipukul ribut.

Disiarkan pada: April 22, 2020 @ 10:13pm
d