arena

Lucy isi masa bermain simulasi golf [VIDEO]

Oleh Agensi

PEMAIN Golf Britain, Lucy Robson mempamerkan alat simulasi golf terbaharunya ketika perintah berkurung kerana Covid-19 sekali gus membolehkan dia menjalani latihan memantapkan hayunan sambil bersembunyi di rumah.

Gadis jelita berusia 25 tahun yang berpindah dari Surrey ke Florida ketika kanak-kanak sering menghiburkan peminatnya sepanjang krisis Covid-19 menerusi beberapa gambar dan aktiviti dilakukan yang dimuat naik di media sosial.

Lucy yang kini kembali menetap di England selepas 13 tahun menetap di America - bercakap mengenai kelegaannya ketika pemasangan simulasi yang dinamakan "womancave".

Bercakap di media sosial, dia memuat naik klip video bentuk produk berkenaan, serta bergaya di hadapan skrin simulasi sambil berjenaka dia kelihatan seperti pembaca berita ramalan kaji cuaca.

Dalam hantaran Instagram yang disiarkan kepada 682,000 pengikutnya, dia berkata : "Selamat datang ke "womancave" saya. Saya sangat gembira mempunyai simulasi golf di rumah sendiri!

"@golfbays memudahkan saya untuk memantapkan permainan yang sukar saya jangkakan.

"Tambahnya - kenapa saya kelihatan seperti mahu melaporkan ramalan cuaca?"

Lucy dinamakan Treasure Coast Player tahunan pada 2012 dan 2013 - berjaya menarik perhatian ramai peminatnya yang gemar melihat aksi menarik gadis jelita itu di depan kamera.

Disiarkan pada: April 26, 2020 @ 1:38pm
d