global

931 kes baharu Covid-19 di Singapura

Oleh Agensi

Singapura: Republik ini melaporkan 931 kes baharu Covid-19 sehingga 12 tengah hari tadi menjadikan kes keseluruhan mencecah 13,000.

Berita Harian Singapura melaporkan, ia telah mencatatkan 13,624 kes dengan 12 kematian.

Menurut kenyataan Kementerian Kesihatan (MOH), sebahagian besar daripada kes baru itu adalah pemegang permit kerja yang tinggal di asrama pekerja asing.

Sebanyak 15 kes membabitkan rakyat Singapura atau penduduk tetap Singapura.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Disiarkan pada: April 26, 2020 @ 5:53pm
    d