arena

Gibbs-White ingkar perintah berkurung

Oleh Agensi

PEMAIN tengah skuad bawah 21 tahun England, Morgan Gibbs-White berdepan tindakan disiplin oleh Wolverhampton Wanderers selepas didapati melanggar syarat perintah berkurung berikutan pandemik Covid-19.

Beberapa gambar mendapati dia melanggar syarat berkenaan di Snapchat dari Gibbs-White, 20, yang menghadiri sebuah parti di tengah kota London bersama beberapa rakannya minggu lalu.

Wolves berkata mereka akan menangani perkara itu secara tertutup.

Pada Mac lalu, Gibbs-White menyeru kepada 59,000 pengikutnya di Instagram supaya duduk di rumah dan melakukan beberapa perkara untuk membantu NHS.

Disiarkan pada: May 13, 2020 @ 8:28am
d