mutakhir

Tulah syok sangat main snooker...

Oleh Nor Farhani Che Ad

SERAMAI 42 lelaki ditahan dalam serbuan di sebuah pusat snooker di Sungai Petani, semalam.

Lelaki berusia 19 hingga 62 tahun itu diberkas pasukan khas polis dalam serbuan pada 6 petang.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu Shah berkata, serbuan susulan rondaan dan dan penguatkuasaan pemantauan Op Covid.

"Pemeriksaan lanjut di dalam premis mendapati beberapa orang sedang bermain snooker berserta penonton.

"Hasil semakan, penjaga premis gagal mengemukakan sebarang lesen hiburan yang sah," katanya dalam kenyataan hari ini.

Adzli berkata, semua individu itu termasuk empat pekerja ditahan untuk tindakan lanjut dan pihaknya merampas beberapa peralatan di dalam premis termasuk wang tunai berjumlah lebih RM800.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 269 Kanun Keseksaan; Peraturan 3 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Kawalan Penyakit Berjangkit 2020 dan Seksyen 6(2) Enakmen Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan 1997.

Disiarkan pada: May 26, 2020 @ 9:18am
d