arena

Icardi pemain paling mahal ketika Covid-19

Oleh Agensi

PARIS Saint-Germain (PSG) menandatangani Mauro Icardi dari Inter Milan dengan berbelanja sebanyak £52 juta (RM279 juta) sekali gus nilai perpindahan tertinggi sejak pandemik Covid-19.

Icardi yang dipinjamkan ke PSG dari kelab Serie A itu, mempamerkan aksi cemerlang sekali gus ditawarkan kontrak tetap sehingga 2024.

Inter mengumumkan perpindahan Icardi yang tiba di kelab itu pada 2013 sehinggalah pertengahan musim 2018-2019.

"Inter Milan mengumumkan perpindahan Icardi ke Paris Saint-Germain. Penyerang itu yang lahir pada 1993, berhijrah secara tetap ke kelab Perancis itu.

"Kelab berterima kasih kepadanya sepanjang enam musim bersama kami dan mengucapkan semoga berjaya dalam karier profesionalnya," kata kenyataan kelab itu.

Hubungan Icardi bersama Inter mula retak sejak Februari tahun lalu selepas isterinya, Wanda Nara mengkritik pengurusan kelab dan pemain sehingga menyaksikan Icardi tidak diberi tanggungjawab selaku kapten lagi.

Icardi kemudian mendakwa mengalami kecederaan lutut namun pasukan perubatan kelab tidak dapat mengesan kecederaannya itu.

Terdesak untuk meneruskan kariernya, Inter membenarkannya menyertai PSG secara pinjaman.

Disiarkan pada: May 31, 2020 @ 8:56pm
d