mutakhir

20 pekerja warganegara Indonesia hilang tempat tinggal

Oleh Norsyazwani Nasri

SERAMAI 20 pekerja warganegara Indonesia yang lena tidur dikejutkan dengan kebakaran rumah pekerja yang didiami mereka di kilang ayam, Jalan Siong Gak,di sini, awal pagi tadi.

Dalam kejadian itu, semua penghuni berjaya keluar menyelamatkan diri bagi mengelak terperangkap dalam kebakaran.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, Tiong Ling Hii berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kes itu jam 2.44 pagi.

"Kita menggerakkan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Merah ke lokasi kejadian.

"Kebakaran membabitkan sebuah rumah pekerja sembilan pintustruktur tidak kekal telah terbakar 90 peratus," katanya di sini, hari ini.

Menjelas lanjut, katanya, kebakaran tidak membabitkan sebarang kemalangan jiwa

"Kebakaran berjaya dikawal pada jam 3.30 pagi, operasi pemadaman tamat sepenuhnya jam 5.09 pagi.

"Punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan," katanya.

Disiarkan pada: July 1, 2020 @ 2:48pm
d