arena

Leicester terus hambar

Oleh AFP

AKSI hambar Leicester berterusan apabila tewas 1-2 di Everton sekali gus menyaksikan perebutan tempat ke Liga Juara-Juara musim depan semakin terbuka.

Leicester dilihat bergelut ketika seri bertemu Watford dan Brighton pada dua perlawanan pertama liga sejak ia bersambung semula dan kemudian disingkirkan Chelsea pada saingan Piala FA.

Skuad bimbingan Brendan Rodgers terpaksa bekerja keras apabila melepaskan dua gol dalam tempoh 16 minit pertama.

Richarlison meledak gol pertama selepas menerima hantaran cantik daripada pemain berusia 19 tahun, Anthony Gordon.

Situasi bertambah sukar apabila Gylfi Sigurdsson menyempurnakan sepakan penalti kali pertama untuk Everton selepas lebih setahun kerana berdepan kesukaran melakukan tanggungjawab itu pada musim lalu.

Rodgers melakukan pertukaran dengan memasukkan James Maddison dan Kelechi Iheanacho yang memberi impak kepada pasukan.

Iheanacho merapatkan jurang minit ke-51 dan kemudian Leicester meneruskan tekanan ke kubu Everton namun gagal mendapatkan gol penyamaan.

Disiarkan pada: July 2, 2020 @ 9:13am
d