mutakhir

UDA wujudkan ekosistem keusahawanan holistik, kondusif

Oleh Nurul Hidayah Bahaudin

MENTERI Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar mengadakan lawatan rasmi buat pertama kali ke UDA Holdings Berhad (UDA), hari ini.

Wan Junaidi berkata, UDA iaitu antara agensi di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) sentiasa memastikan fungsi dan peranannya seiring dengan hasrat kementerian menjadikan keusahawanan sebagai antara agenda utama negara.

"Selain itu, UDA berperanan mewujudkan ekosistem keusahawanan holistik dan kondusif untuk menyokong agenda pembangunan keusahawanan negara inklusif, seimbang dan mampan.

"Semoga UDA terus utuh dalam menyumbang ke arah pembangunan negara dengan memajukan urbanisasi di seluruh negara," katanya dalam kenyataan di Kuala Lumpur, hari ini.

Beliau berkata, UDA sudah membentuk dan memodenkan Lembah Klang, Wilayah Utara, Selatan dan Timur tanah air selama lebih empat dekad bermula pada 1971.

Menurutnya, Ketua Pegawai Eksekutif UDA Holdings, Mohd Salem Kailany Berhad menyampaikan taklimat pada sesi lawatan itu.

Hadir sama, Timbalan Menteri MEDAC, Datuk Mas Ermieyati Samsudin; Ketua Setiausaha MEDAC, Datuk Seri Mohammad Mentek dan Pengerusi UDA Holdings, Datuk Jalaluddin Alias.

Disiarkan pada: July 10, 2020 @ 9:31pm
d