mutakhir

Mohd Ali rasmi Sidang DUN Melaka sebagai TYT

Oleh Amir Mamat

YANG di-Pertua Negeri Melaka, Tun Mohd Ali Mohd Rustam buat julung kali merasmikan Persidangan Kedua, Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri Melaka ke-14, hari ini.

Ketibaan beliau dan isteri, Toh Puan Asmah Abd Rahman di perkarangan Seri Negeri di Ayer Keroh kira-kira jam 9 pagi itu disambut Ketua Menteri, Datuk Sulaiman Md Ali; Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN), Datuk Seri Ab Rauf Yusoh dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Hasim Hasan.

Beliau kemudiannya menerima tabik hormat dan melakukan pemeriksaan kawalan kehormatan utama, sebelum menyampaikan ucapan sulung perasmian Sidang DUN jam 10.15 pagi.

Mohd Ali menerima Watikah Pelantikan sebagai Tuan Yang Terutama (TYT) Yang di-Pertua Negeri Melaka ketujuh daripada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, di Istana Negara, 4 Jun lalu.

Pelantikan bekas Ketua Menteri Melaka untuk tempoh empat tahun itu bagi menggantikan Tun Dr Mohd Khalil Yaakob yang tamat tempoh perkhidmatan pada tarikh berkenaan.

Disiarkan pada: July 20, 2020 @ 12:39pm
d