mutakhir

Penutupan lorong di KM 26.6-KM 26.46 Lebuhraya Elite

Oleh Nor Azizah Mokhtar

LORONG kiri dan lorong kecemasan di Kilometer (KM) 26.6 hingga KM 26.46 (arah utara) Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (Elite) akan ditutup sementara untuk kerja penyelenggaraan, bermula 10 malam ini sehingga Sabtu depan.

PLUS Malaysia Berhad (PLUS) dalam satu kenyataan, hari ini memaklumkan kerja penyelenggaraan itu sebagai usaha untuk meningkatkan tahap keselamatan di antara Persimpangan Bertingkat Gamuda Cove-Putrajaya di lebuh raya berkenaan.

"Penutupan ini bagi membolehkan kerja penyelenggaraan turapan jalan dapat dilaksanakan dengan selamat di sepanjang laluan terbabit.

"Bagaimanapun, sekiranya berlaku kesesakan di laluan itu, trafik arah ke utara akan dilencongkan ke Plaza Tol Gamuda Cove," kata kenyataan itu.

Katanya, orang ramai boleh memasuki semula ke lebuh raya selepas membuat pusingan-U di Plaza Tol Gamuda Cove untuk meneruskan perjalanan ke utara dengan lebih lancar.

Sehubungan dengan itu, PLUS menasihatkan pengguna lebuh raya yang menggunakan laluan terbabit supaya merancang perjalanan serta mematuhi semua papan tanda lalu lintas dan arahan disediakan PLUS.

Disiarkan pada: July 22, 2020 @ 10:06pm
d