utama

Rumah Merdeka

Oleh BERNAMA

RUMAH Merdeka yang terletak berhampiran Sungai Anak Bukit diberi nama oleh Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra pada 1954 yang digunakannya sebagai tempat untuk merancang strategik politik pada Pliharan Raya Umum 1955, 1959, 1964 dan 1969 selain tempat mengumpul ahli keluarga beliau di Jalan Putra, Alor Setar.
Sebagai anak gahara yang berasal dari Kedah, dikatakan Almarhum Tunku Abdul Rahman sering pulang ke Negeri Jelapang Padi dan akan menginap di Rumah Merdeka di Jalan Tunku Abdul Rahman Putra sambil mencari ilham termasuk berkaitan dengan usaha mencapai kemerdekaan.

Pengarah Arkib Negara Malaysia Negeri Perlis/Kedah, Abdul Jabar Mohamad Ridi berkata, rumah yang asalnya milik bonda Tunku Abdul Rahman iaitu Che Manjalara sebelum dihadiahkan kepada Almarhum Tunku itu menjadi tempat untuk merancang pelbagai strategi politik.

Disiarkan pada: July 30, 2020 @ 8:01am
d