mutakhir

Hampir 1,200 permit ibadat korban dikeluarkan di Negeri Sembilan

Oleh Abnor Hamizam Abd Manap

JABATAN Perkhidmatan Veterinar (JPV) Negeri Sembilan mengeluarkan hampir 1,200 permit bagi ibadat korban tahun ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian Dan Industri Asas Tani negeri Bakri Sawir berkata, permit itu bagi penyembelihan 1,034 lembu, kambing (104 ) , kerbau (54 ), seekor kibas dan lima unta.

Katanya, hampir kesemua masjid dan surau yang berdaftar serta beberapa lokasi terpilih di negeri ini diberi kebenaran mengadakan ibadat korban dan penyembelihan.

"Premis dibenarkan bagi penyembelihan antaranya rumah sembelihan JPV, rumah sembelihan swasta yang dilesenkan, masjid dan surau.

"JPV pula menerusi penguatkuasaan melakukan pemantauan serta pemeriksaan daging di setiap lokasi ibadat korban dijalankan," katanya ditemui ketika meninjau ibadat korban Masjid Kariah Kampai di sini, hari ini.

Hadir sama Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung ( MPKK ) Rais Raus dan Pengerusi masjid Zamzam Md Jidin.

Disiarkan pada: August 1, 2020 @ 3:39pm
d