arena

Howe tinggalkan Bournemouth

Oleh AFP

PENGURUS Bournemouth, Eddie Howe meninggalkan kelab yang tersingkir daripada Liga Perdana Inggeris (EPL) itu selepas atas persetujuan bersama.

Masa depan Howe menjadi tanda tanya sejak Bournemouth yang sudah lima tahun berada di EPL disahkan tersingkir Ahad lalu.

Howe mengakui selepas perlawanan terakhir Bournemouth musim ini di Everton, keputusan segera harus dilakukan sebelum saingan musim baru 2020-21 bermula 12 September.

Pembentukan semula skuad untuk saingan Liga Kejuaraan akan dilakukan tanpa Howe, yang sebelum itu memberitahu kepada penyokong bahawa tiba masanya untuk beliau meninggalkan kelab.

"Selepas bersama-sama selama 25 tahun secara keseluruhan sebagai pemain dan pengurus, keputusan yang dilakukan secara bersama dengan kelab adalah paling sukar buat saya.

"Bagaimanapun, kasih sayang dan cinta terhadap kelab ini tetap kekal, cuma saya dapat merasakan buat masa sekarang pasukan ini perlu mencari arah baru.

"Bournemouth sentiasa berada di dalam hati saya namun saya percaya ini adalah masanya untuk pasukan ini berubah.

"Saya sentiasa memastikan setiap keputusan yang saya buat sebagai pengurus adalah yang terbaik buat kelab dan penyokong," katanya.

Disiarkan pada: August 2, 2020 @ 9:11am
d