mutakhir

Lelaki terjun Jambatan Pulau Pinang ditemui mati

Oleh Zuhainy Zulkiffli

LELAKI berusia 54 tahun yang terjun dari Jambatan Pulau Pinang semalam ditemui lemas pagi tadi.

Mayat Si Eng Guan yang berasal dari Pangkalan Weld, Georgetown itu ditemui terapung jam 8.11 pagi oleh orang awam sebelum melaporkannya kepada pihak berkuasa.

Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Pulau Pinang, Kapten Maritim Hamizan Harun berkata, mangsa ditemui tidak jauh dari tempat kejadian.

Katanya, mayat lelaki itu dibawa ke Jeti Pasukan Polis Marin Batu Uban.

"Pengecaman mayat dilakukan dan disahkan oleh adik mangsa. Mayat dibawa ke Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk tindakan lanjut," katanya.

Terdahulu, lelaki terbabit dilaporkan terjun dari Jambatan Pulau Pinang di Kilometer (km) 7.4 arah Georgetown menghala Seberang Perai jam 1 tengah hari semalam.

Operasi mencari dan menyelamat digerakkan selepas orang awam yang menyaksikan kejadian itu melaporkannya kepada pihak berkuasa.

Berita berkaitan

Lelaki dilihat terjun dari Jambatan pulau Pinang

Disiarkan pada: August 19, 2020 @ 4:48pm
d