arena

Ronaldo rancang bina hotel mewah di Manchester

Oleh Agensi

CRISTIANO Ronaldo merancang membuka sebuah hotel mewah bernilai £27 juta (RM147.7 juta) berhadapan Piccadilly Gardens di Manchester.

Bintang Juventus dan bekas penyerang Manchester United itu mengadakan kerjasama dengan syarikat percutian dan pelancongan Portugal, Pestana untuk melancarkan hotel 11 tingkat berstatus empat bintang.

Hotel berkonsepkan gaya hidup mewah yang turut ditempatkan sebuah bar di atas bumbung.

Hotel CR7 Pestana akan dibuka di Manchester pada 2023 selepas kejayaan hotel Ronaldo di Madeira, Lisbon, Madrid, New York, Marrakesh dan Paris.

Ronaldo beraksi selama enam tahun di Old Trafford, menjaringkan 119 gol dan memenangi sembilan trofi sekali gus menjadi kegemaran firma berkenaan.

Catatan di laman web Pestana menjelaskan mengapa penyerang itu mahu menjadikan Manchester sebagai lokasi seterusnya bagi hotel baharu.

"Bandar ini di mana Cristiano Ronaldo memulakan karier antarabangsanya bersama Man United sekitar 2003 dan pertama kali menggunakan nombor 7." katanya.

Selain bola sepak, Manchester dikenali dengan bidang muzik, tempat tercetusnya revolusi industri dan salah satu tempat terbesar bagi komuniti China di Eropah.

Disiarkan pada: August 23, 2020 @ 2:07pm
d