global

14 orang di AS terbunuh akibat Taufan Laura

Oleh AFP

Washington: Sekurang-kurangnya 14 orang terbunuh selepas Taufan Laura membadai Louisiana dan Texas, negeri di selatan Amerika Syarikat (AS).

Gabenor Louisiana, John Bel Edwards mengesahkan sekurang-kurangnya 10 orang meninggal dunia di negeri itu.

Beliau berkata, separuh daripada kematian disebabkan oleh penggunaan penjana mudah alih diletakkan dalam rumah yang menghasilkan karbon monoksida.

Empat lagi meninggal dunia selepas pokok tumbang menghempap kediaman penduduk.

Sementara itu, kira-kira 464,813 penduduk terputus bekalan elektrik di Louisiana, menurut laman web Poweroutage.us.

Texas bebas daripada bencana itu, namun tiga daripada empat kematian di negeri itu dilaporkan disebabkan oleh keracunan karbon monoksida daripada penggunaan penjana.

Media tempatan melaporkan seorang lelaki mati di Texas Timur, namun tidak dapat disahkan sama ada dia adalah mangsa taufan itu.

Pada Jumaat, perkhidmatan perlindungan awam Haiti melaporkan 31 maut akibat Taufan Laura yang dianggap ribut tropika yang berubah menjadi taufan kategori empat yang paling kuat. - AFP

Disiarkan pada: August 29, 2020 @ 2:40pm
d