mutakhir

Pematuhan SOP kempen, orang Sabah memang bagus - SPR

Oleh Rafiqah Dahali

Kota Kinabalu: Pematuhan prosedur operasi standard (SOP) mencegah wabak Covid-19 yang ditetapkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) oleh calon Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah serta jentera kempen di tahap 100 peratus.

Pengerusi SPR, Datuk Abdul Ghani Salleh ketika dihubungi berkata, setakat ini pihaknya menerima laporan hasil pemantauan mendapati semua pihak mematuhi SOP dan terkawal.

"Pasukan pemantau turun padang membuat tinjauan dan mendapati keadaan adalah terkawal. Pihak yang terbabit juga mengikuti SOP yang ditetapkan.

"Sehingga kini tiada sebarang laporan (mengenai ketidakpatuhan SOP). Jadi pematuhan SOP berada pada tahap 100 peratus. Orang Sabah memang bagus," katanya ketika dihubungi.

Terdahulu, media melaporkan SPR melaksanakan Garis Panduan Pencegahan Covid-19 yang ketat sepanjang tempoh PRN Sabah.

Setiausaha SPR, Ikmalrudin Ishak, berkata pihaknya melalui 73 Pasukan Penguat Kuasa Kempen Pilihan Raya (PPKPR) akan memantau semua aktiviti calon ketika berkempen termasuk pematuhan terhadap garis panduan khas itu.

Lagi berita berkaitan PRN Sabah

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Disiarkan pada: September 14, 2020 @ 1:01pm
    d