Eropah

Jet pejuang Rusia pintas pesawat pengebom AS

Oleh BERNAMA

Moscow: Empat jet pejuang Rusia pada Isnin berjaya memintas pesawat pengebom Amerika Syarikat (AS) di Laut Hitam, lapor agensi berita Xinhua, memetik Kementerian Pertahanan Rusia.

Stesen penyiaran Zvezda melaporkan, unit pertahanan udara Ketenteraan Selatan Rusia mengesan tiga pesawat udara yang cuba memasuki ruang udara sempadan Rusia di perairan Laut Hitam.

Berikutan itu, dua jet tempur Su-27 dan Su-30 dikerahkan ke kawasan terbabit, kemudian mengenal pasti pesawat yang cuba menceroboh itu jenis B-52H milik Amerika Syarikat (AS).

"Selepas pesawat AS itu terbang meninggalkan ruang udara sempadan, jet Rusia kembali semula ke lapangan terbang mereka," lapor Zvezda.

Beberapa minggu kebelakangan ini, jet pejuang Rusia menjalankan operasi secara berkala untuk memintas pesawat AS.

Disiarkan pada: September 15, 2020 @ 11:30am
d