itmetro

Sony umum tarikh pelancaran PS5

Oleh Muhammad Saufi Hassan

SONY Interactive Entertainment (SIE) hari ini mengumumkan tarikh pelancaran serta tanda harga untuk konsol terbaharu keluaran syarikat berkenaan.

Sony PlayStation 5 (PS5) akan dilancarkan pada 12 November depan di tujuh pasaran utama iaitu di Amerika Syarikat (AS), Kanada, Mexico, Australia, New Zealand, Jepun dan Korea Selatan.

Pelancaran global berkenaan akan diteruskan pada 19 November membabitkan benua Eropah, Timur Tengah, Amerika Selatan, Asia dan Afrika Selatan.

Tanda harga untuk konsol PS5 versi digital adalah dianggarkan RM1,758 dan versi konsol Ultra HD Blu-Ray adalah RM2,199 manakala pra tempahan boleh dilakukan dengan wakil jualan terpilih bermula esok.

Disiarkan pada: September 17, 2020 @ 2:23pm
d