mutakhir

PGA rampas rokok seludup RM150,000

Oleh Hazsyah Abdul Rahman

Sandakan: Pasukan Gerakan Am (PGA) merampas rokok seludup bernilai RM150,000 di perairan kuala Sungai Kampung Mangkalinau, dekat sini, semalam.

Pegawai PGA Batalion 15 Sandakan Superintendan Toipi Lamat berkata, sepasukan anggota pasukan itu menjalankan rondaan sebelum terserempak sebuah bot tanpa pengemudi dalam keadaan mencurigakan pada 11.30 malam.

Menurutnya, anggota bertugas kemudiannya menunggu pemilik bot itu kira-kira sejam, namun tiada sesiapa muncul.

"Anggota bertugas menjalankan pemeriksaan ke atas bot itu dan menemui 50 karton rokok seludup yang bernilai RM150,000.

"Semua rokok berkenaan kemudiannya dirampas termasuk bot serta enjin dianggarkan bernilai RM13,500," katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.

Menurutnya, siasatan diteruskan mengikut Seksyen 135 (d) Akta Kastam.

Disiarkan pada: September 25, 2020 @ 11:20pm
d