arena

Buru trofi meskipun tanpa Van Dijk

Oleh AFP

London: Kapten Liverpool, Jordan Henderson berkata ketiadaan Virgil Van Dijk satu tamparan hebat namun dia mahu juara Liga Perdana Inggeris itu menjadikan ketiadaan pemain itu sebagai motivasi tambahan untuk kelab kekal memburu trofi kejuaraan.

Van Dijk perlu menjalani pembedahan selepas mengalami kecederaan ligamen lutut ketika perlawanan bertemu Everton, Sabtu lalu.

Pengurus Jurgen Klopp tidak dapat memberikan jangkaan bilakah bintang Belanda itu akan kembali bersama pasukan namun mengakui pasukannya bakal berdepan kesukaran selepas Van Dijk dikasari oleh penjaga gol Everton, Jordan Pickford pada aksi yang berkesudahan kedua-dua pasukan seri 2-2.

Henderson yakin Liverpool dapat menyesuaikan diri tanpa Van Dijk meskipun rakan sepasukannya itu menjadi tonggak utama sejak menyertai kelab pada 2018.

"Ia sangat sukar dan memberi tamparan hebat kepada kami. Saya bersimpati dengannya. Ia detik yang sukar," kata kata Henderson di laman web kelab itu.

Dia menambah, kini terpulang kepada pasukan untuk memenangi sebanyak mungkin kejuaraan tanpa Van Dijk.

"Kami perlu pastikan apabila dia kembali, kami sedang berusaha memburu kejuaraan," katanya.

Disiarkan pada: October 20, 2020 @ 9:44pm
d