PnP

Lengkap, selesa

Oleh Fairul Asmaini Mohd Pilus

JIKA dahulu, ruang yang menjanjikan perlindungan adalah apa yang diperlukan pembeli dalam sesebuah rumah.

Kini, seiring dengan cabaran dihadapi, konsep sesebuah rumah menjadi lebih penting dan ia perlu menyediakan persekitaran kondusif bagi membantu pemilik rumah mencapai potensi penuh diri mereka.

Sedar dengan keperluan itu, IJM Land melancarkan Rimbun Jasmine, sebuah projek pembangunan kediaman yang terletak bersebelahan dengan Seremban 2.

Projek berkenaan bukan sahaja memberi peluang kepada keluarga untuk fokus kepada hubungan silaturrahim dengan orang tersayang malah menikmati manfaat yang disediakan di kawasan perumahan itu.

Ia adalah tarikan terbaharu kepada perbandaran yang memenangi pelbagai anugerah dan projek itu dibangunkan dengan nilai pembangunan kasar (GDV) sebanyak RM73.2 juta.

Meskipun dalam keadaan ekonomi suram, projek itu mendapat sambutan hangat daripada orang ramai dan ia habis ditempah dalam tempoh tiga jam sahaja ketika sesi previu khas baru-baru ini.

Disiarkan pada: October 23, 2020 @ 6:30am
d