utama

PM mengadap Agong di Kuantan [METROTV]

Oleh T. N. Alagesh

Kuantan: Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin tiba di Istana Abdul Aziz, di sini, bagi mengadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Muhyiddin yang sebelum ini mempengerusikan mesyuarat khas Kabinet di Perdana Putra, Putrajaya tiba jam 4.40 petang.

Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Affendi Buang antara yang turut kelihatan memasuki istana.

Wakil media sudah berkumpul di pintu masuk utama istana sejak jam 3 petang selepas timbul spekulasi Muhyiddin akan mengadap Yang di-Pertuan Agong di sini.

Spekulasi mengenai Perdana Menteri akan mencadangkan pembubaran Dewan Rakyat dan Darurat Politik kepada Yang di-Pertuan Agong bagi mengatasi ketidakstabilan politik dan mengelak lebih banyak konflik dalam sidang Parlimen akan datang bertiup kencang selepas berakhirnya mesyuarat khas Kabinet.

Namun sehingga kini beberapa menteri yang dihubungi enggan membuka mulut mengenai perkara itu.

Disiarkan pada: October 23, 2020 @ 5:09pm
d