mutakhir

Dua lagi sekolah ditutup di Perak

Oleh Shaiful Shahrin Ahmad Pauzi

Kerian: Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Abu Bakar Al-Baqir, Bagan Serai dan SMK Pekan Baru, Parit Buntar ditutup berikutan berlaku penularan pandemik Covid-19.

Jabatan Pelajaran Negeri Perak dalam kenyataan, hari ini memaklumkan penutupan dua sekolah itu selama tujuh hari bermula hari ini sehingga 30 Oktober ini.

Menurutnya, kedua-dua sekolah itu akan dibuka semula pada 2 November depan.

"Penutupan dua buah sekolah itu dibuat bagi membolehkan kerja pembersihan dan disinfeksi dilakukan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak," katanya.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, NGO dan Masyarakat Sivil Perak Razman Zakaria ketika dihubungi mengesahkan perkara terbabit.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Disiarkan pada: October 24, 2020 @ 8:59pm
    d