Bola Sepak

Rodgers sokong Arteta sisih Ozil

Oleh Agensi

London: Brendan Rodgers menyokong tindakan Mikel Arteta untuk mengetepikan Mesut Ozil, sambil menegaskan setiap pemain harus 'mempertaruhkan bakat' mereka untuk berjaya di peringkat tertinggi.

Pemenang Piala Dunia, Ozil tidak tampil bersama skuad Gunners sejak Mac dan diketepikan daripada skuad Arteta kedua-duanya bagi saingan Liga Perdana dan Liga Europa.

Rodgers yang juga pengendali Leicester melakukan persediaan menjelang pertembungan berdepan Gunners, pagi nanti, memuji bakat hebat pemenang Piala Dunia itu tetapi berkata dia tidak berasa sedih apabila melihat pemain berkualiti seperti Ozil tidak lagi bermain bola sepak.

"Dia pemain yang berbakat tetapi ia bergantung kepada pendiriannya," kata Rodgers.

"Saya pastinya seperti Mikel, kami perlukan sumbangan setiap pemain untuk mempertahankan pasukan dalam permainan begitu juga aspek serangan," kata Rodgers.

"Pasukan perlu bersatu. Semua orang memainkan peranan dan berkerja sama."

Disiarkan pada: October 25, 2020 @ 2:57pm
d