mutakhir

'Kesiannya baby...' [METROTV]

Oleh Zatul Iffah Zolkiply

Kuala Nerus: Bayi perempuan berusia 14 hari antara mangsa banjir di daerah ini selepas rumah disewa keluarganya di Taman Murni Permai, di sini, dinaiki air sejak petang semalam.

Bagaimanapun, Farisha Humaira bersama ibu, Fairuz Abdullah, 35, dan bapa, Shahril Othman, 33, tidak berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS) di Sekolah Kebangsaan (SK) Tok Jembal, sebaliknya menumpang di rumah keluarga mereka di Kuala Terengganu.

Shahril berkata, mereka mengambil keputusan tidak berpindah ke PPS di SK Tok Jembal kerana memikirkan anaknya masih kecil dan mengalami jangkitan mata.

"Sudah lima hari anak sakit mata dan kami ada temu janji di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) pada 9 pagi tadi untuk pemeriksaan mata, jadi lebih mudah kami menumpang sementara di rumah keluarga di Kuala Terengganu.

"Ini tahun ketiga kami menyewa di sini, tetapi ini banjir terburuk kerana sebelum ini, air tidak naik terlalu tinggi dan cepat," katanya.

Disiarkan pada: November 24, 2020 @ 3:42pm
d