mutakhir

Doktor maut ditetak perompak

Oleh Raja Noraina Raja Rahim

Kuala Lumpur: Bekas penyelidik bergelar doktor falsafah maut dipercayai ditetak dalam kejadian rompakan di rumahnya di Bangsar di sini, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira 3 pagi itu, mangsa bersama isterinya berada di rumah sebelum diserang dua lelaki yang memecah masuk mereka.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Anuar Omar berkata, kejadian dikatakan berlaku ketika bekalan elektrik di kawasan perumahan berkenaan terputus.

"Berdasarkan maklumat awal, dua lelaki bersenjata tajam memecah masuk rumah mangsa.

"Mangsa cedera ditetak suspek di bahagian leher dan badan manakala isteri ditetak di bahagian tangan," katanya ketika dihubungi Harian Metro hari ini.

Beliau berkata, mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian, manakala isteri cedera parah dikejarkan ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk rawatan.

Katanya, siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan polis sedang giat mengesan suspek.

Disiarkan pada: November 29, 2020 @ 9:23am
d