utama

Jenazah Tun Rahah selamat dikebumikan [METROTV]

Oleh Raja Noraina Raja Rahim

Kuala Lumpur: Jenazah Allahyarhamah Tun Rahah Mohamed Noah, bonda kepada Datuk Seri Najib Razak selamat disemadikan dengan penuh istiadat penghormatan negara, 3.45 petang, hari ini.

Jenazah Tun Rahah, 87, disemadikan di Makam Pahlawan, tempat bersemadi kakaknya, Allahyarhamah Tun Suhailah yang meninggal dunia pada 4 Oktober 2014.

Hujan renyai mengiringi sepanjang majlis pengebumian seri kandi negara itu yang turut dihadiri Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Turut hadir beberapa kenamaan termasuk Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri Perdana Menteri, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman.

Terdahulu, jenazah tiba di masjid berkenaan pada 2.15 petang sebelum Imam Besar Masjid Negara, Ehsan Mohd Husni mengetuai solat jenazah kira-kira 2.30 petang.

Sebaik selesai solat, jenazah diusung ke Makam Pahlawan yang terletak bersebelahan Masjid Negara untuk disemadikan.

Mengiringi jenazah kelima-lima anaknya iaitu Najib, Datuk Mohamed Nazir, Datuk Ahmad Johari, Datuk Mohamed Nizam dan Datuk Mohamed Nazim.

Selepas bacaan talkin disempurnakan oleh Imam Besar Masjid Negara, para kenamaan dan kaum keluarga menyiram air mawar di pusara.

Berita berkaitan

Pemergian Tun Rahah kehilangan besar negara - Tun M [METROTV]

Ahli politik, orang ramai beri penghormatan terakhir kepada Tun Rahah [METROTV]

Jenazah Tun Rahah tiba di Masjid Ar-Rahah

Tun Rahah, wanita di belakang dua bekas pemimpin nombor satu negara

Tun Rahah, wanita di belakang dua bekas pemimpin nombor satu negara

'Bonda saya sudah tiada' - Najib Razak [METROTV]

Disiarkan pada: December 19, 2020 @ 4:02pm
d