mutakhir

Zulkifli bersara wajib selepas 35 tahun berkhidmat [METROTV]

Oleh Hafidzul Hilmi Mohd Noor

Kuala Lumpur: Selepas 35 tahun menabur bakti di perkhidmatan awam, Ketua Pengarah Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Datuk Seri Zulkifli Abdullah bersara wajib, hari ini.

Zulkifli diraikan dan diberikan penghormatan pada dalam majlis paluan berundur di Pusat Latihan Polis (Pulapol) Kuala Lumpur.

Beliau memulakan karier sebagai pelatih kadet Asisten Superintendan (ASP) Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada 1984.

Beliau mula dilantik sebagai Ketua Pengarah AADK pada Ogos 2018 selepas menggalas beberapa jawatan penting dalam PDRM termasuk dinaikkan pangkat sebagai Komisioner Polis (CP) pada 2011.

Zulkifli pernah menjawat jawatan Ketua Polis Kelantan, Ketua Polis Perak dan Ketua Polis Kuala Lumpur sebelum menjawat jawatan Pengarah Jabatan Logistik dan Teknologi.

Pada majlis itu, beliau turut diberi penghormatan apabila mengendalikan sendiri pancaragam dengan memainkan lagu dari Frank Sinatra berjudul My Way.

Zulkifli kemudian di arak dan diiring pegawai tinggi PDRM bagi mengakhiri tugasnya sebagai Ketua Pengarah AADK.

Disiarkan pada: December 24, 2020 @ 8:10pm
d