Asia

Gempa sederhana di Sulawesi

Oleh BERNAMA

Kuala Lumpur: Gempa bumi sederhana bermagnitud 5.9 pada skala Richter menggegarkan Semenanjung Minahassa, Sulawesi, pada 4.59 pagi hari ini.

Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), gempa itu dikesan pada kedudukan 64 kilometer (km) selatan dari Gorontalo, Indonesia dengan kedalaman 164 km.

Bagaimanapun, tiada ancaman tsunami kepada Malaysia.

Disiarkan pada: January 7, 2021 @ 10:57am
d