mutakhir

Terengganu catat kadar kebolehjangkitan Covid-19 tertinggi

Oleh BERNAMA

Kuala Lumpur: Terengganu mencatatkan kadar kebolehjangkitan (Rt) harian tertinggi di negara ini iaitu pada 1.36 setakat semalam, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Berdasarkan infografik yang dikongsikan menerusi akaun Twitter beliau, Melaka merekodkan Rt kedua tertinggi pada 1.28, diikuti Sarawak (1.25), Putrajaya (1.19), Perak (1.17), Kedah (1.15), Perlis (1.15), Kuala Lumpur (1.12), Labuan (1.11) Pahang (1.1), Selangor (1.1) dan Kelantan (1.09) .

Johor, Sabah, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang pula merekodkan Rt paling rendah, masing-masing pada 1.04, 1.03, 1.01 dan 1.0.

Rt untuk seluruh negara pula ialah 1.04, katanya.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Disiarkan pada: January 26, 2021 @ 4:40pm
    d