Bola Sepak

Conte kena denda RM98,000

Oleh AFP

Milan: Jurulatih Inter Milan, Antonio Conte digantung dua perlawanan dan didenda 20,000 euro (RM98,000) kerana mengancam pengadil selepas skuadnya seri tanpa jaringan ketika bertemu Udinese pada aksi Serie A minggu lalu.

Bekas pengurus Juventus dan Chelsea itu menerima hukuman selepas mendakwa pengadil, Fabio Maresca tidak menambah masa tambahan yang sepatutnya.

Serie A menghukum Conte kerana mengeluarkan kata-kata kesat kepada pengadil perlawanan dan ia berterusan ketika di luar padang.

"Di terowong dan kemudian sehingga ke bilik persalinan, Conte terus memarahi pengadil dalam konteks mengancam dan menjerit," kata Serie A dalam satu kenyataan.

Pengurus teknikal Inter, Gabriele Oriali turut didenda 5,000 euro (RM24,000) dan digantung satu perlawanan.

Conte akan terlepas dua perlawanan liga bertemu Benevento dan Fiorentina.

Disiarkan pada: January 26, 2021 @ 11:46pm
d