mutakhir

PPM rampas rokok, minuman keras seludup lebih RM103,000

Oleh Melvin Joni

Kuching: Pasukan Polis Marin (PPM) Sarawak merampas 158 kotak minuman keras dan pelbagai jenama rokok seludup hasil serbuan ke atas sebuah pasar raya mini di Jalan Setia Raja, Tabuan Jaya di sini, jam 4.05 petang semalam.

Komander PPM Sarawak Asisten Komisioner Shamsol Kassim berkata, serbuan Op Landai Covid-19 itu dijalankan hasil risikan serta maklumat awam.

"Rokok dan minuman keras itu ditemui di dalam stor dan turut dijual di premis terbabit.

"Kesemua rampasan dianggarkan bernilai RM103,960 termasuk cukai," katanya pada kenyataan hari ini.

Menurut beliau, pihaknya turut menahan pemilik premis yang juga lelaki tempatan berusia 40 tahun.

Shamsol berkata, kes diserah kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching.

Disiarkan pada: January 29, 2021 @ 1:37pm
d